Tadika Ceria Dedikasi yang terletak di Seri Kembangan, Selangor mula ditubuhkan pada 2014. Cawangan ketiga yang diperoleh CECKids ini telah mendapat sambutan yang amat mengagumkan pada awal pembukaannya sehingga kini.Penerapan yang diberikan adalah sama seperti cawangan-cawangan yang telah dibuka oleh CECKids sebelum ini.
Pengasas/Pengetua mula mengambil pendekatan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak iaitu lengkap dengan pendidikan Agama Islam iaitu Asas Fardhu Ain dan pendedahan dalam bahasa inggeris. Selain daripada itu pengalaman pemilik tadika juga dalam menghadiri pelbagai kursus dan pembelajaran yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak juga menitik beratkan unsur-unsur kreatif dan permainan luar yang boleh membuka minda kanak-kanak dan ibu bapa agar berminat menghantar anak mereka ke Tadika ini.
Penerapan nilai-nilai murni dalam menghargai perpaduan kaum juga sentiasa di titik beratkan. Kanak-kanak yang berbilang bangsa juga sesuai di tempatkan di tadika ini, melalui pendidikan moral dan ketatasusilaan. Kanak-kanak sentiasa di ajar agar saling menghargai sesama manusia dan bergaul baik sesama rakan sebaya.
Persekitaran dan pembelajaran yang intensif serta kondusif menarik minat kanak-kanak untuk menerima pendidikan awal di sini. Selain mendapat pendidikan awal, TCIP juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Seni Kreatif, Seni mempertahankan diri Taekwondo dan Asas fardhu ain
Pembelajaran Seni Kreatif menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar. Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna. Kanak-kanak akan dibekalkan dengan “BUKU MESEJ KREATIF” seminggu sebelum projek di jalankan
Selain itu, Pembelajaran hafazan ayat-ayat lazim dan pengenalan dalam bacaan Iqra’ dan Al-Quran di jalankan sebanyak 3 kali dalam seminggu. Melalui jadual kelas yang telah di rancang, proses hafazan , pembelajran Iqra’ dan Al-Quran ini di lakukan selama 30 minit setiap sessi pembelajaran serta di jalankan secara individu di dalam kelas.
Pembelajaran Asas Fardhu Ain meliputi pembelajaran sirah ,jawi, akhlak, adab dalam pergaulan dan ibadah. Proses pembelajaran ini di lakukan secara amali dan teori di dalam kelas. Bahan pembelajaran seperti sejadah dan pakaian solat juga di sediakan agar murid lebih memahami proses pembelajaran agar lebih berkesan
Akhir sekali,Penubuhan Tadika Ceria Dedikasi ini amat baik dan tepat kerana Tadika ini di asaskan daripada pemilik yang berpengalaman hampir 15 tahun dan menubuhkan Syarikat sendiri yang telah melebihi 5 tahun dengan memperlihatkan kualiti hasil pembelajaran yang seimbang
No comments:
Post a Comment