Welcome to CECKids Blog.Thank you for your support!

Tadika Ceria Intan Perdana


Tadika Ceria Intan Perdana atau lebih dikenali sebagai TCIP ditubuhkan pada 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mendapat pengiktirafan sepenuhnya sebagai prasekolah swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNNS) pada 2010. TCIP merupakan titik permulaan sebelum berkembangnya CECKids di negeri lain.TCIP menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi matapelajaran teras  seperti Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral.

Persekitaran dan pembelajaran yang intensif serta kondusif menarik minat kanak-kanak untuk menerima pendidikan awal di sini. Selain mendapat pendidikan awal, TCIP juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Seni Kreatif, Seni mempertahankan diri Taekwondo dan  Asas fardhu ain


Pembelajaran Seni Kreatif menekankan pembelajaran dengan menghargai alam sekitar.   Pelajar di dedahkan dengan penggunaan semula bahan-bahan terbuang yang di bawa daripada rumah dan di ubah serta di hasilkan dengan idea kreatif kanak-kanak melalui pendedahan melakukan sendiri atau mencuba sendiri untuk menukar bahan yang terbuang kepada bahan yang menarik dan berguna.  Kanak-kanak akan dibekalkan dengan “BUKU MESEJ KREATIF” seminggu sebelum projek di jalankan

Seperti yang kita tahu, seni mempertahankan diri harus dipupuk sejak kecil untuk melahirkan rasa yakin tehadap diri sendiri. Begitu juga yang ditekankan oleh TCIP .Pembelajaran seni Taekwondo di dedahkan dan dilatih oleh jurulatih (Master K Saravanan) yang terlatih dan berpengalaman selain berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara dan berlesen. 





Selain itu, Pembelajaran hafazan ayat-ayat lazim dan pengenalan dalam bacaan Iqra’ dan Al-Quran di jalankan sebanyak 3 kali dalam seminggu.  Melalui jadual kelas yang telah di rancang, proses hafazan , pembelajran Iqra’ dan Al-Quran ini di lakukan selama 30 minit setiap sessi pembelajaran serta di jalankan secara individu di dalam  kelas.


Akhir Sekali,Pembelajaran Asas Fardhu Ain meliputi pembelajaran sirah ,jawi, akhlak, adab dalam pergaulan dan  ibadah.  Proses pembelajaran ini di lakukan secara amali dan teori di dalam kelas.  Bahan pembelajaran seperti sejadah dan pakaian solat juga di sediakan agar murid lebih  memahami proses pembelajaran agar lebih berkesan
      

No comments:

Post a Comment